Sunday, November 27, 2016

Jumpa novelis terkenal RAM & Projek Airport di Jualan Gudang Karangkraf 2016

Assalamualaikum semua.

Cerita ni dah berlaku 2 minggu lepas, baru sekarang nak update kat blog. Saya telah berkesempatan pergi ke jualan gudang karangkraf di Shah Alam. Jualan gudang ini berlangsung selama sebulan. So kalau siapa - siapa nak pergi sempat lagi ni.

Nak jadikan cerita, pada hari tersebut novelis terkenal Tuan Ramlee Awang Murshid ada turun padang. Wah gembira lah rasa hati sebab saya memang merupakan peminat beliau. Saya belum pernah berjumpa secara berdepan dengan penulis thriler tersohor Malaysia ini. 




Kalau dah jumpa orang yang kita minat kan, apa lagi bergambar kenang - kenangan itu penting. Sporting lah Tuan RAM ni melayan peminat. Beliau seorang yang sangat low profile, tidak sombong dan sangat ramah. Dah bergambar, satu lagi perkara penting mestilah minta autograf kan....hehehehe. 


Selain dari Tuan RAM, ada lagi penulis - penulis lain yang turut turun padang. Antara yang saya dapat jumpa Puan Aida Adia, Aziah Zainal dan Noorfadzillah yang merupakan penulis novel seram. Mereka ini telah bergabung dan menghasilkan novel Projek Seram - Airport. 

Projek terbaru dari Aida Adia yang saya dengar ialah Projek Seram Kem bersama novelis lain iauti Maria Kajiwa dan Zaifuzaman Ahmad. 






Jualan Gudang Karangkraf berakhir esok (27 Nov 2016). Pergi cepat - cepat untuk dapatkan buku dengan harga runtuh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia