Thursday, November 24, 2016

Buku Baru: Antologi Cerpen - Anugerah Sebuah Cinta


Assalamualaikum semua.

Saya baru je habis baca sebuah buku yang menghimpunkan cerpen - cerpen bertemakan 'Cinta'. Antologi cerpen ini mengandungi 24 buah cerpen beserta 1 cerpen bonus karya Kak Umie Nadzimah. Siapa tak kenal kak Umie Nadzimah kan, novelis terkenal di tanah air kita ni.

Buku ini diterbitkan oleh Pena Padu Press dan baru sangat siap cetak. Saya antara orang terawal dapat baca sebab beli terus dari salah seorang penulis cerpen kat dalam buku ni. Hehehehe.....



Bangga rasa hati dan gembira kerana akhirnya kawan saya 'Fatim Khairani' berjaya merealisasikan impiannya. Cerpen pertama dah berjaya dibukukan. Coming soon.....novelet dalam pembikinan. Alhamdulillah, rezeki beliau yang tak disangka - sangka. Bukan senang nak jadi penulis ni, saya pernah cuba, satu perenggan sampai sekarang tak siap - siap. 

Kalau anda semua beli buku ni nanti, jangan lupa baca cerpen beliau "Warisan Sebuah Cinta". Ini cerita cinta yang lain dari yang lain, jangan cepat buat kesimpulan ya...baca dulu baru tahu.

Harga buku RM25

Apa yang saya nak kongsi disini, ada akan jumpa kisah cinta yang dilihat dalam pelbagai sudut. Kalau sebelum ini kita selalu fikir, jika cinta saja mesti dikaitkan dengan cinta antara lelaki dan perempuan. Koleksi cerpen dalam buku ini memberi anda kelainan sedikit.

Anda akan berjumpa dengan kisah cinta yang sweet (ni macam kisah yang wajib ada je hehehe), kisah cinta kepada bangsa & negara, cinta kepada Allah, cinta kepada warisan, cinta kepada haiwan, cinta dan kasih sayang antara keluarga serta tidak lupa cinta yang terlalu mendalam. 

Saya memang tak pandai sangat nak review buku ni, cuma berdasarkan pendapat saya ada beberapa cerpen yang menarik perhatian dan saya nak kongsikan di bawah:

1) Sayang Si Jebat - kisah kasih sayang yang tidak terjangkau dek fikiran kita. Semua makhluk di muka bumi Allah ini berhak diberikan kasih sayang dan layanan yang sama rata.

2) Warisan Sebuah Cinta - adakah harta kekayaan menjamin kebahagiaan hidup kita hingga akhirnya. Kadang kala kita lupa ada yang lebih bermakna dan penting dalam hidup ini. Sesuatu yang tidak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit.

3) Ukiran Rindu - kita tidak boleh menghukum orang lain berdasarkan kisah silam yang pernah kita lalui. Setiap dari manusia di bumi perlu dikenali bukan dikasari tanpa usul periksa. Mungkin kita akan menyesal akhirnya.


Buku ini boleh didapati nanti di Pesta Buku PWTC bulan Dec 2016. Kalau anda nak cepat, boleh dapatkan terus dengan penulis - penulis.

Kalau berminat nak dapatkan dengan kawan saya pun boleh. Tinggalkan pesanan di ruangan komen ya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia