Thursday, February 4, 2016

EPF contribution 8% atau 11%

Assalamualaikum.

Pada minggu lepas, seperti yang telah diketahui umum, PM telah mengumumkan pengurangan kadar berkanun caruman syer pekerja daripada 11% kepada 8%. Ianya diumumkan semasa pembentangan semakan penyesuaian semula Bajet 2016.


Hari ini HR syarikat saya telah mengeluarkan memo berkaitan dengan perkara ini. Kami sebagai pekerja boleh mengisi BORANG KWSP 17A (KHAS2016) sekiranya ingin mencarum melebihi kadar berkanun.


Borang boleh didapati di laman web KWSP.


Kadar berkanun untuk syer majikan masih sama, tiada perubahan. Sekiranya anda tidak mengisi borang ini, bermakna anda setuju syer pekerja anda dikurangkan kepada 8% bermula pada caruman March 2016 sehingga Disember 2017.

Pilihan di tangan anda, buatlah pilihan yang bijak :). Saya sudah....anda bagaimana?




Maklumat yang diperlukan senang sahaja:

1) No Ahli KWSP
2) No Kad Pengenalan
3) Nama Penuh
4) Tandatangan
5) No majikan (boleh dapat dari borang EA tahun lepas)
6) Nama majikan
7) Dapatkan pengesahan daripada majikan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia