Saturday, January 2, 2016

01.01.2016 - Hari bersejarah dan pasti diingati.

Assalamualaikum,

Semalam tepat pada pukul 12.01AM 01.01.2016 merupakan detik permulaan. Bunga api di sana sini, bunyi riuh dan langit malam terang benderang. Itulah permulaannya detik ini dan yang pasti sehingga saat entri ini ditulis, masih lagi belum berkesudahan.

Apalah agaknya yang sata bebelkan ini...hehehe sebenarnya saya nak cerita 01.01.2016 12.01AM bermulalah satu proses dipanggil 'journal run' yang akan berjalan setiap 1 haribulan. Nak dijadikan cerita, proses ni problem, sampai sekarang tak jumpa lagi puncanya. Sekarang tentu korang faham kenapa saya akan ingat tarikh 01.01.2016.

Saya duduk depan laptop, nak selesaikan masalah ini. Google sana, Google sini, guna macam - macam keyword tapi masih belum jumpa penyelesaiaannya. :(


Otak memang dah sangat penat, benda yang senang pun boleh jadi salah time - time macam ni. Ngantuk tak payah cakap, memang kalau letak kepala terus lelap tak sedar diri. Memang nak sangat tido, tapi selagi tak selesai memang tak boleh.

Report nak kena submit pada Finance department esok dan ianya tak siap lagi. Jadi...tolong doakan saya ya. Semoga Allah S.W.T permudahkan kesukaran ini.

Lapar pulak dah tengah - tengah malam macam ni....:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia