Tuesday, December 1, 2015

Bucket List: Berehat di pondok tepi sawah.

Assalamualaikum,

Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang salah satu daripada wish yang ada dalam bucket list saya. Mungkin bagi sesetengah orang, ianya nampak mudah dan senang, tapi bagi saya....sekarang baru tercapai...hehehehe. Jangan gelakkan saya ye...memang dah lama sangat teringin nak merasa bagaimana perasaanya kalau dapat duduk di pondok di tepi sawah padi.

Maklumlah saya ni memang orang kampung, tapi di kampung saya kat Temerloh tu takde sawah padi, kalau pokok getah, kelapa sawit memang banyak. 



Peluang ini akhirnya menjadi kenyataan bila kawan baik saya menjemput saya untuk datang ke kampung beliau di Kodiang Kedah...yeah!!!! gembira rasa di hati. Semalam adalah tarikh yang akan di ingati dalam hidup saya...29-Nov-2015 akhirnya saya dapat melihat sawah padi terbentang luas di depan mata. Angin bertiup sepoi - sepoi bahasa mengeluarkan bunyi yang amat mendamaikan. Burung - burung berkicauan, berterbangan bebas di angkasa. 

Tenang rasanya dapat keluar dari kesibukan kota Kuala Lumpur. Sawah padi menghijau, sekarang dah lepas musim semai, jadi pokok padi tengah hidup subur, semuanya nampak hijau, saujana mata memandang. 


Memang bestlah dapat berehat di pondok tepi sawah ni, sejuk dan nyaman. Anda pula bagaimana, apa wish list dalam bucket anda yang belum tercapai..jom kongsikan bersama :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia