Thursday, March 8, 2012

Santai: The Lorax





Sebuah lagi filem animasi 3D yang bertemakan muzikal komedi sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Cuti sekolah yang menjelang tiba minggu depan, jadi kalau ada rancangan ingin membawa anak - anak dan keluarga menonton wayang mungkin boleh pilih filem ini sebagai santapan.

Mengikut sumber di wikipedia, filem ini diadaptasi dari buku cerita kanak - kanak Dr. Seuss The Lorax. Apa yang saya suka tentang filem animasi ini ialah imej janaan komputer yang sangat cantik dan seakan - akan hidup. Pergerakkan setiap watak juga smooth dan nampak real.


Sedikit sinopsis tentang filem ini:-

"Filem ini berkisar tentang Ted Wiggins seorang kanak - kanak berusia 12 tahun yang tinggal di Thneed - Ville yang mana dihuni selain dari masyarakat, tetapi juga objek - objek buatan. Ted cuba untuk merealisasikan impian kawannya Audrey yang ingin melihat pokok sebenar "real tree". Nenek Ted menyuruhnya bercakap dengan Once-ler dan dia mendapat tahu bahawa bandar tempat dia tinggal telah ditutup dari dunia luar yang merupakan tanah terbiar dan tercemar. Once-ler bersetuju untuk menceritakkan kepada Ted bagaimana rupa sebenar pokok. Bagaimana kisah selanjutnya dan apa yang akan Ted lakukan untuk merealisasikan impian Audrey? Apa kata kita saksikan sendiri filem ini. "

Filem ini seperti biasa sebuah filem imaginasi yang penuh dengan warna warni, ceria dan bila tengok iklan di TV macam menarik. Kalau berkesempatan mungkin saya pergi tengok, kalau tak tunggu download version je boleh..:D

Watak - watak dalam filem ini dipegang oleh:-

Zac Efron as Ted Wiggins
Taylor Swift as Audrey
Danny DeVito as the Lorax
Ed Helms as the Once-ler

Mula ditayangkan : 8 March 2012



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia