Monday, February 13, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 3

Salam semua,

Sambungan lagi dari kisah percutian saya di Kota Kinabalu, bahagian terakhir. Hari ke-3 saya telah pergi ke Kinabalu Park dan Poring Hot Spring. Perjalanan mengambil masa 2 jam ke Kinabalu Park. Bayaran masuk RM3 seorang. Kalau anda berhajat untuk sampai betul - betul ke kaki gunung, dinasihatkan menyewa kereta yang mampu mendaki jalan - jalan yang memang curam.


Kami hanya berjalan di sekitar bawah itu sahaja. Melihat pemandangan dari trail - trail yang disediakan di situ. Cuaca disitu juga sudah sejuk, kalau betul - betul di kaki gunung lagi sejuk. 




Selepas berjalan - jalan di sini, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kinabalu Park. Poring Hot Spring merupakan tempat kolam air panas. Di sini juga terdapat canopy walk, taman rama-rama dan air terjun.  Untuk masuk ke Poring Hot Spring, bayaran yang dikenakan RM3 seorang untuk masuk. Sekiranya membawa kamera atau handphone yang ada kamera, kita perlu membayar RM5. 



Saya dan kawan - kawan memilih untuk menaiki canopy walk. Bayaran untuk menaiki canopy walk ialah RM3. Ketinggiannya 835m dan kepada sesiapa yang gayat anda digalakkan berfikir berkali - kali untuk menaiki canopy walk ini. 



Hari terakhir di Kota Kinabalu kami ke Pasar Ahad atau dikenali sebagai Sunday Market di Jalan Gaya. Di sini kami shopping untuk kali terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Habiskan sia - sia duit yang ada...hahahah...boleh ke macam tu. :)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia