Thursday, February 23, 2012

Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"

Salam semua,

Apa khabar anda semua hari ni, harap semua masih lagi dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia selalu. Sudahkah anda meluangkan sedikit masa untuk membantu peserta - peserta contest gadjet impian? Jika belum boleh lihat bagaimana untuk memberi sokongan kepada mereka.



Hari ini, saya telah membaca satu artikel berkaitan dengan "Ceiba Pentandra" - Kosmo! Online - Rencana Utama. Tahukah anda apa itu "Ceiba Pentandra"? Ini adalah nama saintifik untuk pokok kekabu. Pokok kekabu ini tergolong dalam keluarga Bombacaceae.



Bila saya baca artikel ini tadi, teringat dekat pokok kekabu yang ada ditepi rumah saya dahulu. Pokoknya tinggi menjulang ke langit, kalau tiba musim buah kekabu, memang akan banyak kekabu berterbangan di tiup angin. Apa yang seronok, bila mak suruh kami mengait buah - buah kekabu tersebut untuk dibuat bantal.


Macam - macam cara kami gunakan, abang akan mengambil galah panjang dah mula mengait. Bila buah kekabu berjaya dikait, saya akan gunakan buat itu dan mula membaling ke arah buah kekabu yang lain. Kalau nasib baik dan handal membaling, dapatlah menjatuhkan buah kekabu yang lain. Tapi kena pastikan tidak ada sesiapa di bawah pokok tu, kalau tidak ada yang benjol kepada dihempap buah kekabu.




Buah kekabu yang masih hijau itu berat, kalau kena kepala memang boleh benjol, tapi kalau buah kekabu yang sudah kering, yang itu sudah ringan, dan mudah untuk diproses. Bila dah kumpul semua buah kekabu yang berjaya dikait, kami akan mengupas untuk dapatkan isi didalamnya. Masukkan dalam bakul dan cuba buang biji kekabu sebanyak mungkin. Jika kekabu belum kering sepenuhnya, maka perlu dijemur di bawah terik matahari dahulu. Bila dah betul - betul kering, baru boleh dijadikan bantal.


 




Pokok kekabu yang saya ceritakan di atas telah tamat riwayatnya lama dahulu. Riwayatnya tamat kerana abang sulung saya ingin menggunakan tanah tersebut untuk membina rumah dan kedai runcit beliau. Jadi ini semua hanya tinggal kenangan yang terindah dalam hidup saya. 


Anda semua pernah tengok pokok kekabu atau tidak? Ada pengalaman buat bantal dari kekabu? Jom kongsi bersama pengalaman anda.

Ingin pergi bercuti secara percuma, mungkin anda orang yang bertuah itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia